Salah satu cara untuk mempertingkatkan tahap profesionalise keguruan adalah dengan mengikuti Program Pensiswazahan Guru BPG & OUM. Ini adalah untuk memastikan menjelang tahun 2010, minimum 50% guru sekolah rendah menggenggam segulung ijazah dan bergelar graduan.
Walau bagaimanapun, wujud beberapa kekangan di kalangan guru yang menyambung pelajaran secara PJJ yang mendominankan ciri e-pembelajaran ini. Antaranya ialah faktor masa, usia, keluarga, kewangan, emosi, kesihatan dan perubahan iklim pembelajaran.
Kebanyakan individu yang ingin belajar sambil bekerja akan memilih PJJ sebagai pilihan utama. Situasi ini akan menimbulkan permasalahan dari segi pengurusan masa belajar dengan masa bekerja. Ada di kalangan individu yang mengambil jalan mudah dengan menumpukan perhatian yang lebih terhadap pembelajaran tanpa memberi fokus akan "co-bussiness" mereka, iaitu mendidik murid-murid. Impaknya, murid-murid akan ketinggalan terutamanya dalam aspek pembelajaran mereka. Justeru, guru yang menyambung pengajian mereka harus bijak mengurus masa agar semuanya berjalan lancar.
Selain itu, faktor usia yang semakin lanjut menimbulkan pelbagai kekangan terutamanya dari segi kesihatan. Tahap penglihatan yang kurang memuaskan pasti menyukarkan individu untuk membaca pelbagai sumber bacaan dari pelbagai media. Ini menyebabkan ilmu yang dicari tidak setanding dengan pelajar yang muda dan cergas. Sebagai kesannya, keputusan peperiksaan akan berada pada tahap yang memuaskan sahaja. Sepatutnya, kita perlu melanjutkan pengajian tanpa menunggu pada saat-saat usia semakin veteran.
Akhir sekali, masalah kekeluargaan paling banyak mengganggu emosi para pelajar yang telah berumahtangga. Walaupun menyambung pelajaran, minda masih memikirkan akan keperluan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Impaknya, minda tidak dapat fokus sepenuhnya terhadap pelajaran. Jika tewas mengawal emosi, kegagalan sudah sedia menanti di hadapan. Oleh itu, kita mestilah mempunyai semangat kental jika ingin menyambung pelajaran walaupun dibebani dengan masalah keluarga.
p/s Inilah antara tajuk yang terkandung dalam salah satu subjek ( semuanya tujuh subjek ) "assignment" yang perlu disiapkan menjelang 10 Oktober 2008. Namun, aku tetap menyahut cabaran ini walaupun apa yang bakal berlaku!!! Cewahhhh...
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
